Mula Download Seedance
Tutorial Contoh Cheat Sheet FAQ
MULA 4 Langkah Mula
Baru dapat akses? Ikut turutan ni. Target: video pertama siap dalam 20 minit.
Tonton Part 0 Tengok hasil dulu, 2 minit je.
Download & install skill Claude atau Gemini — ikut Part 1 / Part 2.
Hantar gambar produk & ikut soalan Skill akan tanya gaya, tone, durasi… lepas tu bagi idea & rangka. Cakap "ok" baru dapat prompt. (Part 3)
Paste prompt dalam Seedance Upload gambar ikut susunan @Image, generate. (Part 4)
01 Download Skill
Satu fail zip. Pilih platform yang kau guna — cara install ada dalam video.
📌 Jangan unzip — upload terus fail .zip tu.
🔄 Bila ada versi baru , download semula di sini & install ganti yang lama.
🖥️ Install kena buat di browser komputer (web), bukan app phone.
⚠️ Lesen kegunaan sendiri. Skill ini dilesenkan untuk kegunaan peribadi pembeli sahaja . Dilarang kongsi, jual semula, upload ke group atau beri fail / link page ini kepada orang lain. Akaun yang didapati berkongsi boleh ditarik akses & update.
02 Buka Seedance
Tempat kau paste prompt dan generate video.
🎬 Buka Seedance
⏱️ Video 30s / 60s perlukan Seedance 2.5 . Versi lain max 15s.
🖼️ Guna mod Reference & upload gambar ikut susunan dalam prompt (@Image1, @Image2…).
03 Video Tutorial
Quick Start dulu, Advance bila dah biasa. Klik video untuk mainkan.
⚡ Quick Start
🚀 Advance
04 Contoh Hasil
Video sebenar yang dijana guna skill ni — fizikal, servis, digital & tanpa dialog.
05 Cheat Sheet
Rujukan pantas masa guna skill.
10 soalan menu — maksud ringkas
Gaya — 17 gaya: Real (1–10), Servis & Digital (11–14), Animasi (15–17).
Tone — Santai, Energetic, Funny, Emosi, Dramatik, Calm/ASMR, Hard-sell, Comel.
Durasi — 15s / 30s / 60s.
Look — Realistic / Cinematic UGC / Full Commercial.
Suara — Dialog, VO (suara latar) atau No dialog.
Watak — lelaki / perempuan / 2 watak; ada gambar sendiri atau tak.
Gambar rujukan — bagitau setiap gambar tu apa (cth Gambar 2 = ruang tamu).
CTA — Tiada / Soft / Medium / Hard / tulis sendiri + ke mana (link bawah, bio, WhatsApp, DM).
Rujukan suara — ada klip suara Melayu? (pilihan)
Visual hook — idea sendiri untuk 2 saat pertama, atau "cadangkan".
Tak pasti? Jawab "pilihkan" — skill pilih yang paling sesuai.
Gaya mana sesuai untuk produk apa
Jenis Cuba gaya ni
Dapur / makanan UGC Review, POV Demo, ASMR
Skincare / kecantikan UGC Review, Before/After
Rumah / cleaning Problem→Solution, Skit Lawak, Before/After
Hartanah / homestay Walkthrough/Tour, FAQ
Katering / servis Behind the Scenes, Testimoni
Ebook / course / template Testimoni, Hack/Tutorial, Mitos vs Fakta
Nak viral, tak nak cakap No dialog — parodi aksi (koboi, F1, silat)
Susunan upload gambar dalam Seedance
@Image1, @Image2… = produk / tempat / hasil — ikut senarai "Upload order" dalam jawapan skill.
Lepas tu baru gambar watak (kalau ada).
Klip suara (kalau ada) = @Audio1 .
Guna gambar bersih tanpa teks / watermark . Crop screenshot TikTok Shop.
Suara Melayu lari? Buat ni
Bagitau skill perkataan mana yang lari — dia akan tukar ayat.
Taip "versi senyap" → dapat prompt sama tanpa suara.
Jana VO guna skrip yang disediakan di ElevenLabs atau Google AI Studio , susun dalam CapCut ikut masa.
06 Group Support
Ada masalah? Tanya dalam group pembeli. Sertakan screenshot & prompt yang kau guna.
💬 Join Group WhatsApp
07 Soalan Lazim
Semak sini dulu sebelum tanya.
Kena guna Claude atau Gemini?
Mana-mana satu. Skill yang sama boleh guna di kedua-dua. Pilih yang kau dah langgan.
Tak jumpa tempat nak upload skill
Pastikan buka di browser komputer (versi web) dan dah login. Ikut langkah dalam Part 1 (Claude) atau Part 2 (Gemini).
Kenapa skill tak terus bagi prompt?
Memang sengaja. Skill tunjuk idea & rangka (hook, shot, skrip) dulu supaya kau boleh ubah sebelum guna kredit Seedance. Cakap "ok" baru prompt keluar.
Produk dalam video berubah bentuk
Guna gambar produk yang lebih bersih (latar kosong, produk besar). Bagitau skill shot mana yang lari — dia akan baiki prompt.
Video aku max 15s je
Kau guna versi Seedance yang hadkan 15s. Tukar ke Seedance 2.5, atau cakap "tukar 15s" pada skill.
Boleh guna untuk servis atau produk digital?
Boleh. Hantar beberapa gambar (cth depan rumah, ruang tamu, dapur) dan bagitau setiap gambar tu apa. Tengok Part 6 & 7.